Facebook Badge

Thursday, March 24, 2011

EGG TART vs SARDINE ROLL...

Last weekend aku telah menghadiri kelas kulinari EGG TART dan SARDINE ROLL di Kolej Komuniti Selayang....

So aku nak share ngan korunk resepinyer...

SHORT CRUST (untuk EGG TART & SARDINE ROLL)
i) 500g tepung gandum
ii) 250g marjerin
iii) 7 sudu makan air sejuk
iv) 2 cubit garam

FILLING EGG TART

BAHAN A
i) 250ml susu segar
ii) 150g whipping cream

BAHAN B
i) 100g gula castor
ii) 135g kuning telur (8 biji kuning telur gred B)
iii) 1 biji telur gred B
iv) 1/2 sudu makan esen vanila

Cara untuk membuat SHORT CRUST (untuk EGG TART/SARDINE ROLL)

a) Masukkan TEPUNG GANDUM, GARAM & MARJERIN ke dlm loyang.
b) Gaul serta ramas menggunakan HUJUNG JARI sehingga menjadi SERBUK ROTI
c) Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi DOH
d) Simpan DOH tsbt selama 30 minit di dlm peti sejuk.

Cara membuat FILLING EGG TART

a) Panaskan BAHAN A di dalam periuk atas api sederhana dan pastikan ianya tidak mendidih.
b) Campurkan kesemua BAHAN B ke dalam loyang dan gaulkan hingga sebati.
c) Kemudian tuangkan BAHAN A ke dalam loyang BAHAN B dan kacau hingga sebati.

Cara membakar CRUST EGG TART

a) Sapukan marjerin ke atas acuan egg tart (boleh dibeli di kedai menjual bahan untuk membuat kek/bakeri)
b) Kemudian tepekkan doh ke atas acuan tersebut. Pastikan doh tak terlalu nipis/tebal.
c) Kemudian bakar acuan doh pada suhu 150 darjah selama 10 minit.
d) Selepas 10 minit, keluarkan acuan dan sejukkan.
e) Akhir sekali curahkan FILLING EGG TART ke atas acuan tadi dan bakar semula juga pada suhu
    150 darjah selama 10-15 minit.
f) Sedia untuk dihidang dan dimakan.

FILLING SARDINE ROLL

i) 1 tin sardin (dilenyek)
ii) 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
iii) 1 biji cili merah (dicincang halus)
iv) 1 sudu makan jus limau nipis (belah dan perah untuk dapatkan jusnyer)
v) Secubit garam.

Cara membuat FILLING SARDINE ROLL
 a) Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati.
b) Doh digelekkan sehingga rata (tak terlalu tebal dan tak terlalu nipis).
c) Tarukkan bahan yang telah digaul tadi di atas doh yang telah digelek dan gulungkan doh tersebut.
d) Kemudian bakar pada suhu 150 darjah selama 10-15 minit.
e) Sedia untuk dihidang dan dimakan.

INILAH HASILNYER...


Untuk gambar selanjutnyer sila check-it-out kat FB aku www.facebook.com/lazyfzeeza

Selamat mencuba!!!

10 comments:

Kaseh said...

ai likeeeee muheeheheh

Lazyf said...

Kaseh : akak, ai pun likeeeeee...hohohoho...

Shafa said...

wow, pandai masak!

ibu iman said...

wahhh besnye!!!!

Lazyf said...

Shafa : first time...huhu

ibu iman : ko terai ar wat pasnih...ank ngan laki ko confirm suke...ngeh ngeh ngeh!!!

nn said...

dikala pagi2 belum breakfast, baca pasal egg tart and sardine roll buat perut makin berkeroncong. huhu

Lazyf said...

nn : cer terai wat pasnih...huhu

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hamboiiiiii tat telur nu nampak senang ye kalau beli kat 7eleven pun dah harga dia RM 2.50 tau... buat lagi sedap rasanya kan... macam senang nampaknya

Zainie@Nie said...

asal bila aku wat?? dia jadi benda lain?? x betol ajaran nie..

Lazyf said...

Afzainizam : senang jer wat nyer...hehe

Zaini : da la ko...propa jew lebey!!!